Wednesday, March 9, 2011

~21 WEEKS MAMA PREGGY~


Minggu ni da 21++ minggu aku preggy ....tapi aku mempunyai problem batuk,simpton2 sakit belakang...sakit belakang ni mungkin diesebabkan aku banyak duduk....ye la keje opis...kompomla banyak dudukk...hadoii memang sakit..arini je aku da half day......xtawla nak mengurangkan rasa sakit belakang ni camane........................huhu..SAKIT....tapi mungkin inilah juga dirasakan oleh emak ketika mengandungkan aku...insaf aku bila hal ini terjadi sendiri pada diriku..................:( pengorbanan IBU tiada tandingannya............. Apepun moga aku cepat sembuh dalam kesakitan ini...Baby...behave yer...mama kagum ngan baby...xde kerenah sangat..maksudku xde nak mengidam benda pelik2 masa preggy...Baby faham kot ayahnyer jauh..jadi die xnak menyusahkan mama..:) TQ babyy..moga jadi anak yang sihat,sempurna,solehhh..............sayang anak mama........................mama ngan ayah dah xsabar nak tunggu kelahiran baby............................ Setiap hari mama sentiasa berdoa selepas solat agar baby menjadi HambaNya yg beriman,anak yg soleh..pandaiii..macam ayah....:) Ok la di sini aku ingin berkongsi tip amalan ketika mengandung......................moga ianya menjadi info berguna pada kita..................


Doa Semasa Hamil dan Amalan Semasa Mengandung


Normal bagi masyarakat kita, semasa mengandung untuk mengamalkan beberapa petua, bukan saja untuk kesejahteraa ibu semasa mengandung, malah juga untuk bayi dalam kandungan dan semasa proses bersalin. Selain dari yang berbentuk fizikal seperti regular check up, elakkan aktiviti lasak, etc. amalan dan petua yang popular ialah yang bersangkutan dengan kerohanian.

Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
  • dan sebagainya.

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Semasa mengandung juga digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.

Malah, termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.

Orang2 tua juga ada petua tersendiri untuk ibu mengandung seperti tak boleh makan benda2 sejuk dan berangin, tak boleh memburu binatang, tak boleh siang ikan, tak boleh potong binatang, bawa paku dan sebagainya. Tapi biasanya benda ni orang dah tak pakai sebab tak relevan lagi di zaman moden serba canggih ni. Iyolah, kalau dah mak yang masak hari2, tak boleh potong binatang, pe jadahnya nak makan sayur setiap hari? Ingat herbivor ke. Tapi bagus jugak kan alasan ni dipakai untuk upah tukang masak (makan luar ler..).

Walau bagaimanapun, agak sayang kadang2, sebab amalan itu cuma dibuat semasa mengandung saja. Kalau tak mengandung, usahkan nak mengaji, al-Quran pun dah lupa letak di mana. Usahkan nak baca surah Yusuf (yang masa mengandung sehari dalam 10kali baca sebab nak anak hensem), surah al-Ikhlas pun baca masa solat je. Pastu mulut pun ikut lepas sedap dia je, masa mengandung bukan main lagi jaga, takut2 terkena pada anak.

Mungkin sebab itulah Allah berikan nikmat syahid kepada ibu yang meninggal semasa melahirkan anak. Bukan saja pengorbanan sakit melahirkan, tapi juga banyaknya amalan semasa mengandung. Agak2 kalau time lain, memang tak layak langsung nak dapat syahid, tapi masa mengandung memang solehah habis.

Alangkah menariknya jika amalan2 tersebut dapat dilakukan secara berterusan, bukanlah sebab kita sebagai ibu, tapi kerana kita juga sebagai hamba. Allah menyukai amalan yang istiqamah – amalan yang sedikit tapi berterusan. Lagipun, dengan meniatkan amalan2 semasa mengandung untuk dapatkan anak yang begini-begini, dapatlah anak yang begini-begini, tapi apakah kita pernah terfikir akan pahala yang kita dapat kerana niat yang bukan Lillahi Taala?

Tapi bagus juga la, sekurang2nya ada juga masa dalam hidup ni yang mana kita fokus terhadap ibadat dan menjaga akhlak kan. Kalau masa lain tu tak tentu lagi.

Sebetulnya, saya tiada amalan/surah/doa tertentu semasa mengandung. Saya meneruskan pembacaan al-Quran seperti biasa kerana saya percaya al-Quran adalah Syifaa’, dan juga membaca surah2 di atas tadi tu sebagai tambahan.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita ibu2 ni untuk melakukan suatu amal yang istiqamah dan sentiasa dapat dicontohi oleh anak2 kita, dan yang penting membanteras amalan2 yang tak ada kena mengena dengan hakikat kehidupan sebenar (amalan2 khurafat, etc.) dan roket sains.

Monday, February 28, 2011

SAAT KU RINDUKAN KUIS............




Saat ini aku rindukan tempat pengajianku suatu ketika dahulu....benarla tempat menimba ilmu adalah sesuatu yang sukar dilupakn oleh insan yang pernah bergelar mahasiswa,~

Tempat KERAMAT yang kurindui adalah KUIS ( Kolej Islam Antarabangsa Selangor ).................. ( pemangkin tradisi ilimu )..........alahai rindunyaa dengan suasana Islamik KUIS.............

Insyaallah ada kelapangan masa nanti aku akan berkunjung kembali ke KUIS....rindu jugak pada teman2 sekelas....rindu pada pensyarah-pensyarah di KUIS...huhu..................

~ABANG KT PORT BARU!~ MUNDRA~



Ermm...ermm rindunya kat hubby...skg ni ngah mesej2 ngn die...hubby cakap kapal masuk port baru kt India...MUndra...........maksunya kapal xmasuk port Pipavav...........tp jarak perjalanan xjauhla ...lebih kurang dari Jabel Ali nk ke Pipavav gak....xpela...hubby gtaw sume keje da ble settle ngan sempurna..ok la cmtu..aku pn xsuka gak kalo die stress kat atas kapal tu............

Lepas ni hubby ke Nava Sheva plak,,,,,hubby ckp port2 kat India ni xde yang menarik pun...negara mundur..lagi best Malaysia...:)

Ok la..moga perjalanan Bunga Raya 2 dilindungi Allah........................amin..........

MIss u b....Aku sentiasa bersamamu dikala senang dan susah................:)

~BeSdAy FaRaH HaYaTi~


Pada 26hb 2 besday adik iparku yang ke 20....dialah satu-satunya adik ipar perempuan yang aku ada...HAPPY BESTDAY YE FARAH....Farah ni still study kt UITM... N aku ada la beli kek untuk die...Saje la beli bagi menggembirakan hatinya pada hari istimewa tu..Lagipun aku yg teringin nak makan kek sebenarnya..ekeke...so ape salahnya aku beli ...disamping aku dapat makan...dapat jugak celebrate besday die..... HUHu ok la...............apepun akak,along ( hubbyku ) n baby doakan moga Farah panjang umoo n dimurahkan rezeki selalu......................aminnnnnnnnnnnnn HAPPY BESTDAY MAKNGAH FARAHHHHHHHHHH (kononya babyku yg wish .....ekeke..)

Di sini aku tempekkan sekali kek yang ku belikan untuk Farah...................................

Thursday, February 24, 2011

SaAt Itu.............AirMataKu TumPah JuA.........


Malam tadi...aku mengidam sangat nak mkn Nasi Goreng Ikan Masin,Sup 0,n Sambal belacan....Sepatutnya lepas balik dari ofis aku terus beli..tapi disebabkan penat..maka xjadi aku nk g beli...aku trus balik umahhhh.....

Bila da blik umah...hatiku,nafsu makanku tetap ingatkan Nasi Goreng Ikan Masin 1 kedai tu...Nama kedai tu Kedai makan Nisrin...xglamer pun kedai tu kat Manjung ni..tapiiiiiiiiii sejak peknen ni aku suka sangat menu Nasi Goreng Ikan Masin kat kedai tuu...............

Nak dijadikan cerita,aku da xble TAHAN sangat.....aku pun kuar kul 8malam..nk g beli nasi goreng tu...sebenarnya JARANG SANGAT aku kuar malam2 sensorang...tapi bila dah memang MENGIDAM tu..aku tekad kuar sensorang.......Aku kuar naik motor..coz kedai dekat je ngn umah aku...malas nak drive..lgipun naik motor lagi cepat sampai...............


Yang peliknya........AKU CARI KEDAI NISRIN TU XJUMPA!!!.Ya Allah..dugaan betullllll...2 3 kali aku aku pusing,round2 cari kedai tu...padahal da banyak kali aku gi kedai tu sebelum ni...menguji kesabaran betullll....................


Dalam tengah2 aku MENCARI kedai tuu.........aku terleka sampai tersalah masuk jalan sehala....TIBA2 aku NYARIS2 D LANGGAR.............nasib baik kereta tu sempat hon aku..............aku terkejut sangat...takut pun ada..........bila dah takut sangat..aku trus balik umah...jadi XDAPAT MAKAN NASI GORENG IKAN MASIN pda malam tu.............

Sampai je kat umahhhh.........BERCUCURAN AIR MATAKU.........................mengalir tanpa henti....SEDIH,TERKILAN semua ada...........Saat itu....aku fikirkan kalau hubby ada...mesti xjadi camtuu.......mesti die belikan untuk aku...die layan akuuu..........uwaaaaaaa...abangggg!!!!!!!!!!!...:(

Da puas menangis....aku berzikir dalam hati...BENARLAH..ZIKIR MEMBAWA KETENANGAN.......at lastt....hatiku tenang juaa....dan berdoa Moga Allah sentiasa cekal n tabahkan hatiku............aminnnnnnnnnnnnnnnn................

Pesanan ikhlas pada anak mama dlm rahim mama ni~ jadilah sekuat mama sayang.......cekal hadapi kehidupan...jadilah anak yang soleh........mama n ayah sentiasa doakan segala kebaikan untukmu............LOVE U BABY.....mama menunggu kehadiranmu......mmmuah!

Tuesday, February 22, 2011

USIKAN RINDU..................DI ANGIN LALU..................


Arini hubby kt Jabel Ali...di negara Dubai...teringat suatu ketika hubby on Kapal Bunga Pelangi...selalu belayar ke Abu Dhabi...teringin sekali untuk aku melancong ke ke Abu Dhabi..sebab kat sana ada Taman Tema Terbesar Didunia.....Insyaallah suatu hari nanti kalo berkesempatan aku ingin menjejakkan kaki ke sana bersama hubby....n mungkin bersama baby...ekekeke

Apepun doaku semoga Allah sentiasa bahagiakan dan mudahkan urusan kehidupan kami............
Aku sempat minta hubby belikan minyak wangi ke..tasbih ke kat sana...tujuannya adalah..............................maybe untuk wat sebagai doorgift masa berendoi anakku nanti.................MEMANG agak tinggi angankuuuu...org ckp jgn terlampau tinggi angan2..cz aku bru peknen 5bulan..xpe la at least aku ada persediaan ke arah nk trima 'orang baru' dlm hidupku..eheheh..

Ok lastttttttt...walaupun d mana hubby berada....moga sentiasa di lindungi Allah........amin...........

Dan pada BUNGA RAYA 2.............belayarla membawa anak2 kapal dengan selamattttttttt

Ok tadaaaaaaaaaaaaaaa..............bye BRD...bye hubby.................

TeRkAdAnG AkU mErAsA~~~



Hidup ini ibarat roda...kekadang kita di atas kekadang kita dibawah...lumrah bagi setiap manusia melalui detik ini...SEPERTI AKU.....

Oleh itu..apapun terjadi dalam kehidupan..kita hendaklah redha dan menerima ini sebagai ujian atupun takdir...kita hendaklah sentiasa ingatkan Allah Yang Maha Penyayang...bahawa Dia tidak membebankan Hamba melebihi kemampuan Hamba....

Dibawah ini...ingin kukongsikan rasa apabila kita berasa LEMAH dalam menjalani kehidupan...Ingatlah bahawa Yang Maha Penyayang sentiasa bersama kita jika kita masih lagi SUJUD mengadapnya~~~

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Memang.

Rasa lemah itu kadangkala menyapa diri.

Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur.

Terkadang, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.

Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.

Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada.

Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali?

Bagaimana kita menyingkapinya?

Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.

Benar. Memang tidak dapat dinafikan. Saya pun pernah berada dalam kondisi itu. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.

Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr.

Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.

Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini. Dalam konteks diri kita sendiri, bagaimana seharusnya kita berdepan dengan ujian itu. Bagaimanakah caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?

Ok. Perkara ini kita perlu faham dengan jelas, supaya tatkala kita diuji nanti mudah-mudahan perkongsian ini turut mampu membangkitkan kita kembali.

Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.

Bersangka baiklah.

Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti punya hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar. Inallaha ma'as sobirin. Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar.

Sabar.

Dan kelak, kesabaranmu itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kau dapat merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil dirimu tersenyum.

Kesilapan kita.

Ada masa kita silap.

Kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah kebal dari sebarang titik-titik kelemahan.

Terkadang, kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri sehinggakan kita fikir semua ujian yang datang kepada kita itu, mampu untuk kita selesaikan seorang diri.

Tidak. Saya tidak salahkan kemahuan kita untuk hidup berdikari.

Namun, kita sering lupa bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba lemah dan kekurangan. Mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan?

"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." - [Surah An-Nisa', 4: 32]

Ya. Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya; jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah.

Bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?

Namun, silapnya pada kita.

Kita sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertolonganNya.

Kita merasakan diri kita sudah lengkap sempurna. Kuat, berkuasa.

Sedangkan hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya jika Dia tidak mengizinkannya.

Wujudnya saat muhasabah.

Manusia jarang sekali mahu bermuhasabah diri. Tatkala disentap dengan ujian yang berat barulah wujud saat mereka kembali berfikir apakah salah silap mereka selama ini. Itupun jikalau mereka sedar.

Maka, salah satu hikmah dari ujian adalah wujudnya masa kita untuk bermuhasabah.

Masa untuk kita merenung kembali sejauh mana kehidupan ini telah dibawa.

Adakah kita masih berada pada landasan yang benar?

Hikmah dari muhasabah ini akan membawa kita melihat dan memikirkan pula hikmah-hikmah yang lain dari ujian tadi.

Baik.

Apakah hikmah yang ingin Dia tunjukkan kepada kita melaluinya?

Manusia itu selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat. Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegara kembali mencariNya. Sungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?

"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo'a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan." - [Surah Yunus, 10: 12]

Maka, di situ punya hikmah untuk sama-sama kita renungkan.

Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.

Dia mahu kita kembali kepadaNya.

Dia mahu kita selamat di 'sana'.

Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali.

Sekarang, jawab dengan hati kita. . .

Benarkah selama ini kita telah meletakkan Dia sebagai matlamat hidup kita?
Atau tanpa sedar kita meletakkan perkara-perkara lain (nikmat-nikmat yang Dia tarik itu mungkin) sebagai tujuan hidup yang mesti kita capai?

Benarkah kita telah meletakkan pergantungan kita sepenuhnya kepadaNya?
Atau mungkin, kita meletakkan pergantungan kita kepada 'tuhan-tuhan' lain (manusia-manusia lain atau diri sendiri) lebih, berbanding Dia Yang Maha Sempurna?

Moga-moga, hati-hati yang bersih itu mampu memberikan jawapan yang jujur.

Kerana saya yakin, pasti semua tahu, bahawa apabila kita sudah mengakui Allah itu sebagai Tuhan kita, seharusnya hanya Dialah yang menjadi matlamat utama hidup kita. Dan hanya kepadaNya jualah tempat kita bergantung segala.

Dan perkara-perkara lain yang 'terkorban' (ketika diuji) itu, tidak lain hanyalah salah satu kurnia dariNya dan juga sebagai ujian pembuktian keimanan manusia.

Seharusnya ia tidak mampu menggoyah matlamat hidup serta keyakinan kita.

Selama ini, adakah itu cara kita melihat?

Penutup: Kembali sedar matlamat dan peranan hidup

Kembalilah menapak bersama matlamat dan hala tuju yang jelas.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepadaKu." - [Surah Ad-Dzariyat, 51: 56]

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, 'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?' Dia berfirman, 'Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" - [Surah Al-Baqarah, 2: 30]

Manusia itu seharusnya sedar, bahawa tujuan dia tercipta di muka bumi ini adalah untuk menghambakan diri kepadaNya (melaksanakan tanggungjawab dan perintahNya, serta meninggalkan laranganNya).

Manusia itu sewajarnya sedar peranan yang perlu dia mainkan di muka bumi ini ialah sebagai khalifah; yakni dengan memakmurkan muka bumi, serta membawa manusia kembali kepada Allah, satu-satunya 'Illah' (Tuhan) seluruh semesta.

Setelah kesedaran, kefahaman, dan keyakinan tadi mendasar, semua permasalahan tadi pasti akan tampak lebih mudah. InshaAllah.

Wajar sahaja kita merasa sedih tatkala diuji, kerana itu merupakan lumrah seorang manusia. Namun, amatlah tidak wajar untuk kita merasa kecewa dan berputus asa. Sekaligus, kita tidak akan sesekali memanjangkan kesedihan yang dirasa.

Ya. Ia adalah atas keyakinan kita bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala.

Memperhambakan diri kepadaNya merupakan tujuan hidup kita.

Dan pasti, Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmahnya.

Jika kita sudah sedar akan perkara ini, maknanya, hikmah dari ujian itu seharusnya sudah nampak. Kebangkitan yang ditunggukan-tunggukan itu juga seharusnya sudah dimulakan langkahnya.

Wahai diri,

Kali ini. . .

Letakkan Dia 'bersama' ketika kamu menapak.

Dan pasti, jalan penyelesaian itu akan mula kelihatan.

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah At-Talaq, 65: 2-3]